Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC)

Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai platform untuk membincangkan mekanisme peningkatan di Asia Pasifik. Malaysia secara progresif menyumbang kepada inisiatif-inisiatif APEC dalam mewujudkan kemakmuran rantau ini dengan menggalakkan integrasi ekonomi serantau.

Untuk memudahkan kecekapan ekonomi dan disiplin pasaran serta membincangkan aspek pengawalseliaan persaingan dalam rangka Economic Committee, the Competition Policy and Law Group (CPLG) ditubuhkan pada 1996. CPLG berfungsi sebagai platform untuk negara anggota untuk mengemaskini dasar persaingan terkini dan undang-undang yang dilaksanakan dalam ekonomi, cabaran, strategi serta cara ke hadapan untuk melaksanakan dasar dan undang-undang persaingan yang berkesan, antara lain.

Maklumat lanjut sila layari www.apec.org.