Dasar Amalan Perdagangan Adil

Objektif

Dasar Amalan Perdagangan Adil (DAPA) diluluskan pada 26 Oktober 2005 untuk mencapai objektif dasar yang berikut:

  1. Menggalakkan dan melindungi persaingan dalam pasaran;
  2. Mewujudkan usahawan yang dinamik dan berdaya saing;
  3. Menyediakan peluang pasaran yang adil dan kompetitif untuk perniagaan;
  4. Menghalang amalan anti-persaingan termasuk yang berasal dari luar wilayah Malaysia dan menjejaskan wilayah tempatan;
  5. Menghalang amalan perdagangan yang tidak adil dalam ekonomi
  6. Menggalakkan hak-hak IKS untuk mengambil bahagian dalam pasaran;
  7. Menggalakkan kebajikan pengguna; dan
  8. Menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, menjana kecekapan dan kesaksamaan.