Anggota Suruhanjaya

Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal Bin Sulaiman
Anggota Suruhanjaya

Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal Sulaiman memegang kelayakan dalam bidang kejuruteraan awam dari University of Salford, United Kingdom. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Awam pada bulan Julai 1981 dan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Pahang. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Bekalan Air Daerah Hulu Selangor, JKR Negeri Selangor.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat dari tahun 2014 hingga Januari 2017 dan sebelum bersara pada tahun itu, beliau dilantik sebagai Pengarah Kanan Kerja Raya (Sektor Bangunan) di JKR. Dato' Ir Mohd Jamal dua kali dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan juga Anugerah Pencapaian Khas JKR 2010 sepanjang dalam perkhidmatan awam.