Anggota Suruhanjaya

Dato' Iskandar Halim Bin Hj. Sulaiman
Pengarah Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Dato' Iskandar memegang Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mula berkhidmat sebagai Merinyu Penguatkuasaan di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1981 dan mempunyai pengalaman hampir 38 tahun dalam bidang penguatkuasaan.

Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Penguatkuasa di Cawangan Perlis dan Sarawak sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat pada tahun 2005 untuk mengisi kekosongan sebagai Pengarah Unit Perlindungan Harta Intelek. Pada tahun 2017, Dato' Iskandar dilantik sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan (Cawangan Operasi Khas) sebelum dilantik sebagai Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP. Sepanjang perkhidmatannya, Dato' Iskandar telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali.