Anggota Suruhanjaya

Datuk Tay Lee Ly
Penasihat Undang-undang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Tay telah menjadi pengamal undang-undang selama lebih dari 20 tahun termasuk berkhidmat sebagai pengerusi Mahkamah Perindustrian pada 2010 hingga 2013. Beliau kini adalah Penasihat Undang-Undang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak tahun 2013 dan pernah menjadi Penasihat Undang-undang untuk kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Undang-undang Antarabangsa dari Universiti Nottingham, Malaysia. Beliau memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan sejak tahun 1989 sebagai pegawai undang-undang dan berkhidmat sebagai majistret di Mahkamah Petaling Jaya pada tahun 1992. Beliau memegang pelbagai jawatan semasa berkhidmat di Jabatan Peguam Negara kebanyakannya di Bahagian Penasihat, Bahagian Gubalan serta Bahagian Pendakwaan. Datuk Tay telah menerima tiga kali anugerah perkhidmatan cemerlang dalam tempoh kerjayanya di perkhidmatan awam.