Anggota Suruhanjaya

Dr. Nasarudin Bin Abdul Rahman
Penolong Profesor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dr Nasarudin, telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya pada 1 Oktober 2017. Beliau adalah penolong profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada 2002 dan Sarjana Undang-Undang Perbandingan pada 2008 dari UIAM. Beliau memperolehi Ph.D dari Macquarie University of Sydney, Australia dalam bidang dasar dan undang-undang persaingan Malaysia.

Dr Nasarudin adalah pengarang buku bertajuk Competition Law in Malaysia (diterbitkan oleh Thomson Reuters) dan juga telah menerbitkan banyak artikel yang berkaitan dengan undang-undang dan dasar persaingan Malaysia. Sebelum menyertai UIAM, beliau adalah peguam bela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Kini, Dr Nasarudin mengajar undang-undang syarikat di peringkat Sarjana Muda dan bidang minatnya adalah dasar dan undang-undang persaingan, hubungan perindustrian dan perbankan Islam.