Anggota Suruhanjaya

Dato' Seri Mohd Hishamudin Bin Md Yunus
Pengerusi

Dato' Seri Mohd Hishamudin Md Yunus yang berkelulusan undang-undang daripada Universiti London adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan telah berkhidmat sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen. Beliau yang mempunyai pengalaman selama hampir 45 tahun dalam bidang perundangan, turut memiliki kelulusan dalam bidang timbangtara komersial antarabangsa daripada Chartered Institute of Arbitrators, United Kingdom. Sepanjang perkhidmatan beliau di Mahkamah Tinggi, beliau telah menulis lebih daripada 750 penghakiman yang dilaporkan di dalam jurnal undang-undang.

Dato' Seri Mohd Hishamudin Md Yunus juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang kepada Kementerian Perusahaan Utama dan menjadi jurucakap kepada negara-negara pengeluar getah sewaktu Rundingan Perjanjian Getah Asli di Switzerland. Dato' Seri Mohd Hishamudin Md Yunus turut pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Perwakilan untuk International Bar Association’s Human Right Institute (IBAHRI) ke Afrika Selatan sebelum menjadi penimbang tara di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.