Anggota Suruhanjaya

Mohd Hassan Bin Ahmad
Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi
Kementerian Kewangan Malaysia

Encik Mohd Hassan kini adalah Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Sydney, Australia. Beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan telah ditempatkan di Kementerian Kewangan sejak tahun 2000 sehingga kini. Beliau telah memegang pelbagai jawatan sepanjang perkhidmatan beliau di kementerian berkenaan termasuk sebagai Ketua Seksyen dalam Bahagian Fiskal dan Ekonomi.