Anggota Suruhanjaya

Datuk Tay Lee Ly
Peguam Kanan Persekutuan, Seksyen Kes-kes Terkelas
Jabatan Peguam Negara

Datuk Tay Lee Ly memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PUU KPDNHEP) sejak 1 Disember 2013.  Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia selama 30 tahun.  Sebagai PUU KPDNHEP, beliau juga  mengetuai Bahagian Undang-Undang KPDNHEP dan terlibat dalam penggubalan beberapa perundangan yang dikawal selia oleh KPDNHEP.  Antara undang-undang tersebut adalah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], Akta Skim Kepentingan 2016 [Akta 778], Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2015, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Pindaan) 2014, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Pindaan) 2017,  Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014, Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014, Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017,  Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2017, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Pindaan) 2017, Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017,  Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2018, Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017 dan 2019, Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2019, Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-Undang Cap Dagang 2019.

Sebelum berkhidmat sebagai PUU KPDNHEP, Datuk Tay telah memegang pelbagai jawatan seperti Pengerusi Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur, Penasihat Undang-Undang di Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Majistret di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Timbalan Pendakwa Raya, Peguam Kanan Persekutuan dan Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara.