Anggota Suruhanjaya

Dr. Madeline Berma
Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

Dr Madeline memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1982; dan kemudian menamatkan Ijazah Sarjana Sastera di University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat pada 1986. Selepas itu, beliau memperoleh PhD dari University of Hull, England pada tahun 1997. Dr Madeline dikreditkan atas pengalaman akademiknya selama 35 tahun, di mana dia memegang pelbagai jawatan sepanjang berkhidmat di UKM.

Kini, Dr Madeline merupakan Pesuruhjaya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan perunding di bawah Latihan dan Perundingan NuMind Plus. Sejarah penerbitan dan penyelidikan beliau mengkhususkan bidang ekonomi pembangunan, merangkumi bidang kemiskinan, ketidaksamaan, pembangunan pedesaan, pembangunan wanita dan masyarakat terpinggir. Beliau dikurniakan dengan tiga (3) anugerah iaitu Pingat Ahli Bintang Kenyalang (ABK), Anugerah Kebesaran Wanita dalam Pendidikan, dan Tokoh Wanita Sempena Hari Pekerja (CUEPACS).