Anggota Suruhanjaya

Dr. Nor Mazny Binti Abdul Majid
Pengarah
Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

YBrs. Dr. Nor Mazny telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sejak tahun 1995 selama hampir 24 tahun, ditugaskan dan bertanggungjawab dalam pelbagai jawatan. Pada tahun 1994, YBrs. Dr. Nor Mazny menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seterusnya memperoleh Sarjana Undang-undang Teknologi Maklumat daripada University of Strathclyde, United Kingdom, pada tahun 2002. Selepas itu, beliau memperoleh PhD daripada Victoria University, Australia, pada tahun 2012.

YBrs. Dr. Nor Mazny memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Usahawan, dan kemudiannya, berpindah ke Kementerian Kewangan. Beliau kemudiannya ditugaskan ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kanan dari tahun 2010 hingga 2011. Beliau kini merupakan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Jemaah Menteri, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, selepas menjadi Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.