Pengarah, Gred E54

Salary Range [based on year of experience] RM6,077.00 - RM13,141.00
Fixed Allowance RM2,000.00

Responsibilities

  • Mengetuai Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa,
  • Bertanggungjawab terhadap perancangan strategik tahunan bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC);
  • Bertanggungjawab terhadap dasar dan polisi Akta Persaingan 2010;
  • Bertanggungjawab terhadap kajian pasaran dan analisis ekonomi bagi MyCC;
  • Bertanggungjawab terhadap laporan prestasi Suruhanjaya Persaingan;
  • Merumus dan menyediakan Kertas Jemaah Menteri mengenai dasar dan undang-undang persaingan dan lain-lain Kertas Kabinet yang memerlukan keputusan Jemaah Menteri dari masa ke semasa;
  • Bertanggungjawab untuk menghadiri dan memberi nasihat teknikal kepada Suruhanjaya Persaingan dalam sesuatu mesyuarat atau rundingan di dalam dan luar negeri berkaitan dengan isu dasar dan undang-undang persaingan;
  • Bertanggungjawab dalam merangka dasar dan garis panduan dalam melaksanakan dasar dan undang-undang persaingan;

Requirements

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

Syarat Tambahan

  • Pegawai di Gred E48/52 atau setaraf dalam perkhidmatan awam atau yang setaraf layak untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan Pengarah Gred E54 serta memenuhi syarat-syarat berikut:
    • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
    • Diperaku oleh Ketua Jabatan.
  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Closing Date of Application:

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
    • Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
    • Surat berhenti sekolah;Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
    • Sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:
    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
    Suruhanjaya Persaingan Malaysia
    Level 15, Menara SSM @Sentral,
    7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Atau email permohonan kepada, [email protected]
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan