Pegawai Ehwal Ekonomi, Gred44

Salary Range [based on year of experience] RM3,556.00 - RM10,411.00
Fixed Allowance RM1,100.00

Responsibilities

  • Menyelaras dalam mengumpul data mengenai sektor-sektor tertentu dalam pasaran serta menguruskan segala statistik yang berkaitan dengan kes-kes amalan anti-persaingan.
  • Menyelaras dalam mengkaji pasaran dan analisa ekonomi serta membuat penilaian terhadap merit ekonomi bagi kes-kes persaingan.
  • Menyelaras dalam menjalankan kajian pasaran bagi mengkaji tahap persaingan sesuatu sektor.
  • Menyelaras dalam menjalankan kajian ekonomi bagi menentukan kuasa pasaran dalam siasatan kes-kes penyalahgunaan posisi dominan.
  • Menyelaras dalam menjalankan analisa ekonomi ke atas pasaran bagi menentukan kesan anti-persaingan bagi kes-kes siasatan kartel.
  • Menyelaras dalam penyediaan regulatory framework bagi sesuatu sektor yang dikaji.
  • Menyelaras dalam menjalankan kajian empirikal bagi sesuatu sektor yang dikaji.
  • Menyelaras dalam penyediakan laporan ekonomi berdasarkan kajian empirikal yang disediakan.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Requirements

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Closing Date of Application:

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
    • Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
    • Surat berhenti sekolah;Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
    • Sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:
    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
    Suruhanjaya Persaingan Malaysia
    Level 15, Menara SSM @Sentral,
    7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Atau email permohonan kepada, [email protected]
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan