Ketua Bahagian, Gred E48

Salary Range [based on year of experience] RM5,122.00 - RM11,637.00
Fixed Allowance RM1,550.00

Responsibilities

  • Bertanggungjawab untuk membuat perancangan program-program/aktiviti penerangan dan advokasi berkaitan dengan isu persaingan bagi sektor awam, swasta dan rakyat.
  • Bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program/aktiviti penerangan dan advocacy berkaitan dengan isu persaingan bagi sektor awam, swasta dan rakyat.
  • Bertanggungjawab untuk mengendalikan dan mengurus sebarang aduan,cadangan dan pertanyaan dari pelbagai pihak berkaitan Suruhanjaya dan Akta yang dikuatkuasakan.
  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan hal ehwal perkhidmatan pelanggan.
  • Bertanggungjawab merangka strategi/merancang kempen dan menyampaikan informasi yang relevan kepada pihak-pihak berkaitan seperti media demi meningkatkan kesedaran dan pemahaman semua pihak tentang peranan dan fungsi Suruhanjaya.
  • Bertanggungjawab menyediakan teks ucapan bagi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif serta menulis artikel mengenai Suruhanjaya dan Akta yang dikuatkuasakan.
  • Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan bagi Suruhanjaya Persaingan.
  • Bertanggungjawab menguruskan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan komunikasi korporat.

Requirements

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

Syarat Tambahan

  • Pegawai di Gred E44 atau setaraf dalam perkhidmatan awam atau yang setaraf layak untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan Ketua Bahagian Gred E48 serta memenuhi syarat-syarat berikut:
    • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
    • Diperaku oleh Ketua Jabatan.
  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Closing Date of Application:

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
    • Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
    • Surat berhenti sekolah;Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
    • Sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:
    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
    Suruhanjaya Persaingan Malaysia
    Level 15, Menara SSM @Sentral,
    7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Atau email permohonan kepada, [email protected]
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan