Ketua Penolong Pengarah Gred E48

Salary Range [based on year of experience] RM5,122.00 - RM11,637.00
Fixed Allowance RM1,550.00

Responsibilities

  1. Bertanggungjawab terhadap Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan di dalam urusan harian bahagian.
  2. Menyelia dan menyelaras kajian terhadap apa-apa aduan serta maklumat awal termasuk arahan Menteri berkenaan amalan anti-persaingan.
  3. Menyelia dan menyelaras operasi risikan dan pengumpulan maklumat dan data mengenai amalan anti-persaingan.
  4. Menyelia dan menyelaras pengurusan kajian dan analisa laporan yang dibuat berikutan operasi risikan dan kajian pengumpulan maklumat dan data.
  5. Menyelia dan menyelaras perancangan dan perlaksanaan penggeledahan dan penyitaan melalui serbuan dan penyiasatan kes-kes pelanggaran Akta Persaingan 2010.
  6. Menyelia dan menyelaras urusan keselamatan dan kerahsiaan maklumat dan data hasil risikan, kajian berkaitan dan hasil penggeledahan dan penyitaan melalui serbuan sesuatu kes.
  7. Menyelia dan menyelaras pengumpulan maklumat dan data mengenai amalan anti-persaingan melalui notis-notis permintaan maklumat dan dokumen, pengambilan pernyataan, penggeledahan serta penyitaan dan apa-apa tindakan berkaitan yang dibenarkan oleh undang-undang.
  8. Menyelia dan menyelaras arahan, langkah interim, penyediaan laporan dan input tentang kes-kes yang diputuskan oleh Suruhanjaya serta memberi keterangan kepada Mesyuarat Anggota Suruhanjaya atau Tribunal Rayuan Persaingan atau Mahkamah Tinggi jika perlu.
  9. Menyelia dan menyelaras pelaksanaan keputusan Suruhanjaya terhadap pelanggaran Akta Persaingan 2010 serta penguatkuasaan penalti, akujanji dan apa-apa keputusan dibuat di bawah undang-undang.
  10. Menyelia dan menyelaras proses latihan dalam aspek proses penyiasatandan penguatkuasaan, pengecualian, regim kelonggaran serta mana-mana kerja berkaitan dengan Bahagian sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Persaingan 2010.
  11. Menyelia dan menyelaras isu pentadbiran am Bahagian termasuk bajet Bahagian.

Requirements

  • Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:
    • Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Syarat Tambahan
    • Pegawai di Gred E44 atau setaraf dalam perkhidmatan awam atau yang setaraf layak untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Gred E48 serta memenuhi syarat-syarat berikut:
      • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
      • Diperaku oleh Ketua Jabatan.
    • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun
      pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Closing Date of Application:

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
    • Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
    • Surat berhenti sekolah;Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
    • Sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:
    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
    Suruhanjaya Persaingan Malaysia
    Level 15, Menara SSM @Sentral,
    7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Atau email permohonan kepada, [email protected]
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan