Ketua Bahagian, Gred E48

Salary Range [based on year of experience] RM5,122.00 - RM11,637.00
Fixed Allowance RM1,550.00

Responsibilities

  • Bertanggungjawab menyediakan dan memberi nasihat mengenai isu-isu perundangan untuk memastikan pematuhan terhadap perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, prosedur atau etika perundangan.
  • Bertanggungjawab memberi nasihat berkenaan apa-apa pindaan yang dicadangkan terhadap peraturan atau perundangan berkaitan dengan Suruhanjaya Persaingan atau pelaksanaan Akta Persaingan 2010.
  • Bertanggungjawab memberi nasihat berkenaan bidang kuasa dan kuasa satutori Suruhanjaya Persaingan. Bertanggungjawab terhadap penyediaan jawapan atau ulasan berkenaan tindakan Suruhanjaya Persaingan.
  • Bertangggungjawab dalam koordinasi apa-apa perhubungan di antara Suruhanjaya Persaingan dengan Jabatan Peguam Negara serta badan perundangan di peringkat antarabangsa.
  • Bertanggungjawab menjalankan pendakwaan dalam kes-kes berkaitan isu-isu persaingan.

Requirements

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
  • lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).

Syarat Tambahan

  • Pegawai di Gred E44 atau setaraf dalam perkhidmatan awam atau yang setaraf layak untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan Ketua Bahagian Gred E48 serta memenuhi syarat-syarat berikut:
    • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
    • Diperaku oleh Ketua Jabatan.
  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.

Closing Date of Application:

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
    • Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
    • Surat berhenti sekolah;Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
    • Sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:
    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
    Suruhanjaya Persaingan Malaysia
    Level 15, Menara SSM @Sentral,
    7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Atau email permohonan kepada, [email protected]
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan