Pembantu Tadbir, Gred N19

Salary Range [based on year of experience] RM1,352.00 - RM4,003.00
Fixed Allowance RM765.00

Responsibilities

UNIT SUMBER MANUSIA

  • Membantu dalam urusan pelantikan, pengambilan, pengisian dan perkhidmatan bagi Suruhanjaya.
  • Membantu dalam perancangan pembangunan organisasi Suruhanjaya dan sumber tenaga manusia.
  • Membantu dalam menyediakan dan menguruskan program latihan dan kursus yang bersesuaian kepada para pegawai dan anggota Suruhanjaya
  • Membantu dalam pengurusan majlis keraian/program-program rasmi Suruhanjaya.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

UNIT KEWANGAN

  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Membantu dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan lain lain.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Requirements

UNIT SUMBER MANUSIA

  • Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

UNIT KEWANGAN

  • Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Closing Date of Application:

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
  2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
    • Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
    • Surat berhenti sekolah;Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
    • Sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:
    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
    Suruhanjaya Persaingan Malaysia
    Level 15, Menara SSM @Sentral,
    7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur, Malaysia.
  5. Atau email permohonan kepada, [email protected]
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan