Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Sebutharga dan boleh boleh didapati melalui laman sesawang MyCC, www.mycc.gov.my bermula pada 24 Jun 2019 hingga 10 Julai 2019.
Satu sesi taklimat akan diadakan pada:
Tarikh | : | 26 Jun 2019 (Rabu) |
Masa | : | 11.00 pagi |
Tempat | : | Bilik Sumber Maklumat, Tingkat 15, Menara SSM@Sentral SURUHANJAYA PERSAINGAN (MyCC) |
Kategori Teknikal dan Kategori Kewangan hendaklah di masukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan ”Kategori Teknikal” dan ”Kategori Kewangan” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Level 15 Menara SSM@Sentral, No. 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur.
“Kategori Teknikal” dan “Kategori Kewangan” hendaklah disekalikan dalam sampul bersaiz besar berlakri (sealed) ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan, MyCC seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 10 Julai 2019. Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.