Ucapan Sempena Bengkel “Workshop On Bid Rigging For Public Officials”

Ucapan Sempena Bengkel “Workshop on Bid Rigging for Public Officials”
Teks Ucapan Y.Bhg. Tan Sri Dato” Seri Siti Norma Yaakob Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Date: 24 Sep 2012

Teks Ucapan
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob
Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia

Sempena Bengkel “Workshop on Bid Rigging for Public Officials”
Marriot Hotel, Putrajaya
24-25 September 2012

Distinguished Speakers from Indonesia, Encik Muhamad Nawir Messi, Commissioner from the KPPU, Mr.Sangmin Song from the Competition and Consumer Policies Branch of the United Nations Cooperation on Trade and Development (UNCTAD), Mr. Harikumar Sukumar Pillay, Deputy Director from the Competition Commission of Singapore, Mr. Shingo Kasahara, Deputy Director from the Japan Fair Trade Commission and Dato’ Hashmuddin bin Mohammad, the Deputy Under Secretary, Policy and Consultancy Service Division, Ministry of Finance, Malaysia,

Distinguished Members of the Malaysia Competition Commission (MyCC)
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah, syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada pagi yang mulia ini menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia bertajuk “Workshop on Bid Rigging for Public Officials”.

Before I proceed with my speech in Bahasa Malaysia, I would like to warmly welcome the 4 speakers from Indonesia, Singapore, Korea (UNCTAD) and Japan as well as our own speaker from the Ministry of Finance, for taking time off to share their knowledge and experience in this important area of competition law that we will be discussing for the next two days. The wealth of experience and knowledge comes with the many years of enforcement that these countries have and the public officials here today from the various states and Ministries, who are officers from the divisions that deal directly with procurement and policies are those that we are targeting today. You are the ones that will be directly dealing with procurement issues and policies of the Ministries and therefore, this very first seminar of its kind is a step towards trying to bring about a more transparent and competitive environment in the public sector where procurement issues are concerned. I truly hope that all of you take advantage of these two days to understand the issues being discussed and take home with you some key issues to share with your colleagues.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Sepertimana sedia maklum, pengenalan Akta Persaingan 2010 di Malaysia merupakan satu langkah positif kearah Negara mencapai status Negara maju dan juga sebagai satu langkah penting di dalam menggalakkan transformasi ekonomi Negara. Sehubungan itu, kepentingan undangundang persaingan yang didokong oleh penguatkuasaan yang berkesan adalah tidak dapat dinafikan lagi. Akta Persaingan 2010 jelas memperuntukkan bahawa salah satu amalan antipersaingan yang dilarang adalah pakatan sesama peniaga bertujuan untuk menghalang kewujudan persaingan secara sihat di pasaran. Antara jenis pakatan yang sering dilakukan termasuklah perbuatan yang dinamakan sebagai penipuan bidaan ataupun ”bid rigging”.

Sehubungan itu, saya sesungguhnya percaya bahawa tema bengkel dua hari yang dianjurkan oleh MyCC pada kali ini adalah amat penting dan bertepatan pada masanya. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), di kebanyakan negara, aktiviti perolehan kerajaan merangkumi lebih daripada 15 % keluaran dalam negara kasar sesebuah negara dan apabila aktiviti ini dicemari oleh perbuatan bid rigging, pastinya ianya akan memberikan kesan buruk yang signifikan kepada ekonomi sesebuah negara dan seterusnya akan membebankan para pembayar cukai kerana secara tidak langsung terpaksa membayar lebih dari harga yang sepatutnya bagi mendapatkan sesebuah barangan atau perkhidmatan. Mengikut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, aktiviti bid rigging di dalam tender sektor pembinaan negara tersebut telah mengakibatkan peningkatan sebanyak lebih dari 36% daripada harga yang sepatutnya.

Menyedari hakikat ini, kebanyakan negara memperuntukkan aktiviti bid rigging sebagai fokus penguatkuasaan utama undang-undang persaingan di negara-negara tersebut memandangkan ianya berlaku disemua industri. Negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Kesatuan Eropah memperuntukkan hukuman denda yang berat termasuk hukuman penjara bagi kesalahan melakukan aktiviti bid rigging. Sebagai contoh, Suruhanjaya Persaingan Kesatuan Eropah (EU Commission) pada tahun 2007 telah mengeluarkan denda sebanyak €992 juta kepada beberapa syarikat berhubung aktiviti bid rigging bagi kontrak yang dikeluarkan untuk kerja-kerja berkaitan eskalator dan lif. Di United Kingdom pada tahun 2009 contohnya, the Office of Fair Trading (OFT) telah mengeluarkan denda sebanyak £129.2 juta kepada 103 syarikat binaan yang didapati menjalankan aktiviti tipuan bidaan di antara tahun 2000 sehingga 2006 bagi projek-projek membabitkan pembinaan universiti, hospital dan sebagainya.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian,

Apa yang perlu diberi perhatian di sini adalah aktiviti bid rigging di dalam kontrak-kontrak Kerajaan nyata akan memberikan kesan buruk kepada rakyat di mana ia akan menyebabkan wang yang sepatutnya dilaburkan untuk program yang bermanafaat kepada rakyat tidak dapat dilaksanakan sewajarnya. Contohnya, sekiranya berlaku pakatan di antara syarikatsyarikat yang membida kerja-kerja pembinaan sesebuah sekolah sudah pasti kos pembinaan bangunan sekolah tersebut akan meningkat tanpa sebab-sebab yang munasabah dan seterusnya sekiranya tidak dipantau akan menjejaskan kebolehan kerajaan untuk membina lebih banyak sekolah lagi.

Justeru, adalah diharapkan dengan adanya bengkel seumpama ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran jelas kepada para perserta bengkel bagaimana kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk memastikan aktiviti perolehan oleh Kerajaan bebas daripada perbuatan bid rigging atau mana-mana perbuatan yang bersifat anti persaingan.

Sehubungan itu saya begitu berharap bengkel ini dapat dimanafaatkan sewajarnya dan dijadikan panduan kepada semua pihak pada masa akan datang dan seterusnya berupaya membentuk para peserta yang berupaya menjadi watchdog bagi pihak MyCC.

Di akhir kata bagi pihak MyCC saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan di pihak kami dalam penganjuran bengkel ini.

Wabilahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia
September 2012