Sebut Harga Membekalkan Perkhidmatan Rekabentuk & Percetakan Buku Laporan Tahunan 2018 Bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Sebut Harga MyCC (S) Bil.1/2019
Closing Date
Field
Media Cetak (222002) dan / atau Rekabentuk Percetakan (221615)
Price Offered Condition
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Berdaftar di Bawah kod bidang yang ditetapkan;dan
Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah

Syarat-syarat, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Sebutharga dan boleh boleh didapati melalui laman sesawang MyCC, www.mycc.gov.my bermula pada 24 Jun 2019 hingga 10 Julai 2019.

Satu sesi taklimat akan diadakan pada:

Tarikh : 26 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Sumber Maklumat, Tingkat 15, Menara [email protected]
SURUHANJAYA PERSAINGAN (MyCC)

Kategori Teknikal dan Kategori Kewangan hendaklah di masukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan ”Kategori Teknikal” dan ”Kategori Kewangan” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Level 15 Menara [email protected], No. 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur.

“Kategori Teknikal” dan “Kategori Kewangan” hendaklah disekalikan dalam sampul bersaiz besar berlakri (sealed) ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan, MyCC seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 10 Julai 2019. Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.