Anggota Suruhanjaya

Ybrs. En. Thiyagu Ganesan
Timbalan Ketua Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Jabatan Perdana Menteri

Thiyagu Ganesan kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Reformasi Undang-Undang) di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, di mana beliau mengetuai Sektor Reformasi Undang-Undang yang bertanggungjawab dalam memacu inisiatif reformasi undang-undang negara termasuk penggubalan Akta Insolvensi Rentas Sempadan Malaysia yang baharu. Beliau juga merupakan ahli wakil Kerajaan Malaysia dalam Jawatankuasa Reformasi Undang-Undang Jenayah dan Jawatankuasa Reformasi Undang-Undang Kontrak serta terlibat secara langsung dalam kajian terperinci berkaitan pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Selain itu, beliau turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pasukan undang-undang antarabangsa dalam menangani tuntutan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.

Dengan pengalaman lebih sedekad dalam perkhidmatan awam, beliau telah menyumbang kepada penggubalan undang-undang penting seperti Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, gejala berkaitan buli siber, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 serta undang-undang tadbir urus yang utama termasuk Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan kanan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.