
Visi Kami
Menjadi pihak Berkuasa yang Menerajui Persaingan di Malaysia.
Misi Kami
Melaksanakan Mandat kami secara Efisien dan Efektif, dengan komitmen untuk Memastikan Budaya Persaingan yang Kondusif bagi menyediakan Pasaran yang Baik untuk Pengguna, Peniaga dan Ekonomi.
Peranan dan Fungsi

Peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan) ialah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utamanya ialah untuk melindungi proses persaingan bagi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi.

Fungsi Utama Suruhanjaya
Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan) untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti melaksana dan menguatkuasa peruntukan-peruntukan di bawah Akta Persaingan 2010, mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan, bertindak sebagai penyokong untuk hal-hal berkaitan persaingan; menjalankan kajian am berhubung isu-isu yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor-sektor ekonomi tertentu di Malaysia; memaklum dan mendidik orang awam berkenaan cara-cara yang mana persaingan boleh memberi faedah kepada pengguna dan juga ekonomi Malaysia.