Anggota Suruhanjaya

Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal Bin Sulaiman
Anggota Suruhanjaya

Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal Sulaiman memilikikelayakan dalam bidang kejuruteraan awam daripada University of Salford, United Kingdom. Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada bulanJulai 1981 dan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di Negeri Pahang. Sepanjang 36 tahun berkhidmat,beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dan tempat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Bekalan Air Daerah Hulu Selangor, JKR Negeri Selangor.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengarah Dasar dan Pengurusan Korporat dari tahun 2014 hingga Januari 2017, dan sebelum bersara pada akhir tahun itu, beliau dilantik sebagai Pengarah Kanan Kerja Raya (Sektor Bangunan) di JKR. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal telah dua kali dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Anugerah Pencapaian Khas JKR 2010 sepanjang kerjaya perkhidmatan awamnya.