Laporan Akhir: Kajian Semula Pasaran Sektor Farmaseutikal di bawah Akta Persaingan 2010

Menurut seksyen 11 (1), MyCC digalakkan untuk menjalankan kajian semula pasaran di dalam sektor farmaseutikal memandangkan permintaan terhadap ubat-ubatan utama adalah inelastik dimana pengguna akan tetap membeli ubat-ubatan tersebut walaupun berlaku kenaikan harga. Kajian ini merungkai struktur pasaran merentasi rantaian bekalan, tahap persaingan dan kemungkinan kelakuan anti-persaingan dalam sektor farmaseutikal.