MyCC BERSAMA DENGAN KPDN HADAPI ISU GULA

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2023 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengambil maklum tentang pelbagai isu yang menyelubungi bekalan dan jualan gula di pasaran, termasuk pelbagai dakwaan berkenaan pengumpulan stok secara berlebihan, jualan bersyarat, dan keengganan untuk membekalkan yang melibatkan sesetengah perusahaan.