PERKEMBANGAN SIASATAN MyCC TERHADAP INDUSTRI AYAM DAN TELUR

KUALA LUMPUR, 9 MAC 2022 – Pada 1 Februari 2022, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengumumkan penubuhan satu pasukan khas untuk menyiasat isu berkaitan persaingan dalam industri ayam dan telur berikutan arahan yang diterima daripada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).