SIMPOSIUM EKONOMI PERSAINGAN – “MENINGKATKAN SILING - DASAR PERSAINGAN DAN KERANGKA EKONOMI MADANI”

Pada 18 Januari 2024, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menganjurkan Simposium Ekonomi Persaingan dengan tema “Meningkatkan Siling - Dasar Persaingan dan Kerangka Ekonomi MADANI”. Simposium ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur.