TINDAKAN MENAIKKAN YURAN GUAMAN PEMINDAHAN HAKMILIK TIMBULKAN KEBIMBANGAN

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2023 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melihat kenaikan yuran guaman membabitkan pemindahan hakmilik baru-baru ini oleh Jawatankuasa Kos Peguam Cara di bawah Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2023 [P.U. (A) 207/2023] dengan penuh kebimbangan.