Ucapan TSSN – Pelancaran Competition Act Handbook

Ucapan TSSN – Pelancaran Competition Act Handbook
Teks Ucapan Y.Bhg.Tan Sri Dato” Seri Siti Norma Yaakob Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Majlis Pelancaran Buku The Competition Act 2010 Handbook for General Public
Date: 16 Jul 2012

Teks Ucapan Y.Bhg.Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob
Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Majlis Pelancaran Buku The Competition Act 2010
Handbook for General Public
16 Julai 2012 (Isnin), Westin1 Ballroom, Level 2, The Westin Hotel
Kuala Lumpur

Yang Berhormat Dato’ Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Yang Berbahagia Dato’ Daud Tahir
Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK

Anggota-anggota Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Michael O.K. Yeoh
Y.Bhg. Prof. Datin Dr. Hasnah Haron
Y.Brs. Tuan Ragunath Kesavan
Y.Brs. Tuan Abd Malek bin Ahmad

Dato’-Dato’, Dif-dif Kehormat, wakil-wakil media massa,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan berkat dan limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi sama-sama menyaksikan Majlis Pelancaran Buku – The Competition Act 2010 – Handbook for General Public.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Tan Lian Hoe, TimbalanMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana sudi meluangkan masa bersama kita pada pagi ini untuk menyempurnakan majlis pelancaran buku panduan ini. Di kesempatan ini juga, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir ke majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah sebagai tanda sokongan dan jalinan kerjasama erat terhadap MyCC dalam menjayakan pelaksanaan Akta Persaingan2010 ini yang saya sesungguhnya yakin akan merupakan pemangkin kepada kejayaan ekonomi negara.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Akta Persaingan 2010 mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012 bagi mewujudkan persaingan yang sihat di pasaran. Proses persaingan ini amatlah penting bagi mencipta peluang pekerjaan yang baru, meningkatkan akses pengguna kepada produk-produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan serta mencipta suasana perniagaan yang kondusif dan berdaya saing dalam pasaran tempatan. Aktiviti persaingan yang subur ini juga akan memberikan satu mesej positif kepada para pelabur asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama dunia.

Sepertimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, akta ini diharap akan dapat mengatasi beberapa isu pokok yang telah lama berada di pasaran, seperti kartel untuk menetapkan harga barangan atau perkhidmatan, pembahagian pasaran, atau penyalahgunaan kuasa dominan yang mungkin dimiliki oleh sesuatu perniagaan. Harapan yang diletakkan oleh komuniti perniagaan dan juga rakyat jelata amnya terhadap keupayaan Suruhanjaya ini juga adalah tinggi. Namun demikian, harus saya nyatakan di sini cabaran yang getir menanti MyCC untuk melaksanakan Akta Persaingan 2010 dengan berkesan dan tanpa bantuan dan sokongan daripada hadirin hadirat sekelian, mustahil ianya dapat dilakukan.

Tan Sri-Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan dan Dif-dif Kehormat yang saya hormati sekalian, Pengenalan Competition Act 2010 – Handbook for General Public ini adalah amat bersesuaian dengan masanya, memandangkan ianya merupakan suatu bentuk perundangan yang baru.

Ianya diharap dapat memberikan sedikit sebanyak infomasi kepada orang awam tentang intipati dan aplikasi undang-undang tersebut dan peranannya dalam melindungi pasaran dari tindakan-tindakan yang mengekang atau menghalang persaingan, seterusnya memberi maanfaat kepada pengguna dalam menampilkan suatu barangan atau perkhidmatan yang lebih berkualiti pada harga yang berpatutan. Buku panduan ini dihasilkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat bagi memastikan orang awam khususnya dapat memahami aplikasi undang-undang tersebut dengan mudah tanpa sebarang kekeliruan.

Sepertimana, Tan Sri-Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan dan Dif-dif Kehormat sedia maklum, MyCC sentiasa komited untuk mendidik dan menyebarkan maklumat berkenaan dengan undang-undang persaingan kepada orang awam. Ini adalah kerana penguatkuasaan dan tindakan undang-undang bukanlah hanya merupakan matlamat utama MyCC sebagai ‘competition regulator’ tetapi juga MyCC percaya bahawa program-program advokasi atau initiatif yang tidak berbentuk penguatkuasaan (non-enforcement) juga adalah sangat penting di dalam menghasilkan suatu persekitaran budaya yang cenderung serta memahami erti kata sebenar akan kepentingan persaingan pasaran yang sihat. Kesedaran terhadap applikasi dan peranan undang-undang ini juga dapat meningkatkan lagi pematuhan kepada undang-undang persaingan dan menggalakkan individu dan syarikat untuk memilih ‘self-compliance’ kepada undang-undang tersebut.

Bagi memastikan program-program pendidikan dan kesedaran dilaksanakan secara beterusan, MyCC telah menubuhkan satu ‘working committee on advocacy’ untuk melaksanakanMyCC Strategy Plan For Competition Advocacy 2012-2014 yang efektif bagi MyCC. Antara peranan ‘working committee’ ini adalah menghasilkan material berbentuk pendidikan dan infomasi seperti buku panduan, risalah, artikel dan sebagainya bagi menyampaikan mesej kepada semua pihak berkepentingan mengenai undang-undang persaingan ini. MyCC juga akan bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan lain seperti wakil-wakil persatuan-persatuan pengguna dan perniagaan serta organisasi media bagi menyebarkan maklumat yang terkandung di dalam material tersebut kepada orang awam. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran terhadap pemakaian Akta Persaingan 2010 malahan dapat meningkatkan lagi imej MyCC sebagai satu badan yang pro-aktif dalam meningkatkan budaya persaingan yang sihat di Malaysia.

Di dalam memastikan objektif dan impak Akta Persaingan 2010 ini dapat difahami dan diterima pakai oleh pihak stakeholders, MyCC jugagiat menjalankan program advokasi secara berterusan di dalam memastikan pemakaian menyeluruh Akta Persaingan 2010 oleh pihak-pihak yang berkaitan. Pada tahun 2011 sahaja, sebanyak 34 program advokasi telah diadakan di seluruh Negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kesan multiplierdaripada sesi-sesi advokasi ini telah dilihat melalui jumlah permintaan daripada sektor perniagaan untuk menjalankan taklimat kepada ahli-ahli perniagaan dan persatuan dan juga permintaan untuk memberi khidmat nasihat kepada mereka mengenai perjanjian-perjanjian dan aktiviti mereka. Sehingga bulan Jun 2012 pula, sebanyak 21 program advokasi telah diadakan.

Tan Sri-Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan dan Dif-dif Kehormat yang saya hormati sekalian, Salah satu tindakan yang bukan berbentuk penguatkuasaan undang-undang ialah dengan menjalankan kajian terhadap pasaran. Akta Persaingan 2010 juga telah memberikan mandat kepada MyCC untuk melaksanakan kajian pasaran bagi memastikan samada apa-apa ciri atau gabungan ciri pasaran itu menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran. Justeru itu, seperti yang sedia maklum MyCC sedang menjalankan satu kajian pasaran terhadap pasaran ayam di Malaysia dan bagi tujuan itu juga bermula pada hari ini, MyCC akan menjalankan satu sesi konsultasi bagi mendapatkan maklum balas dari setiap stakeholdersmengenai kajian pasaran tersebut. Maklumat lanjut bagi perkara ini boleh didapat di laman web MyCC. Saya harap bahawa tuan-tuan dan puan-puan dapat melayari lama web and membaca laporan kajian ini dan memberi maklumbalas yang mungkin boleh membantu MyCC mengkaji dengan lebih mendalam isu-isu berkaitan dengan sector ini.

Tan Sri-Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan dan Dif-dif Kehormat yang saya hormati sekalian, Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, izinkan saya untuk mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan bahawa pejabat MyCC di Plaza Glomac dijangka akan berpindah ke premis baru kami yang bertempat di KL Sentral pada bulan Ogos 2012.

Maklumat lanjut mengenainya akan dimuatnaik di laman web MyCC pada masa terdekat ini.

Akhir kata saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sudi merasmikanpelancaran Buku The Competition Act 2010 – Handbook for General Public.

Wabilahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.
16 July 2012