SHOPEE DIMINTA RESPONS KEPADA PERTANYAAN MyCC

KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2022 – Pada 19 Oktober 2022, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (“MyCC”) telah mengadakan perjumpaan bersama Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (“Shopee”) berikutan peningkatan ketidakpuasaan hati orang ramai terhadap amalan tertentu Shopee.