Pengumuman

PUTRAJAYA, 19 JUN 2026 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang menandakan komitmen kerajaan untuk mengguna pakai pendekatan berpusatkan data bagi memperkukuhkan pelaksanaan dasar kerajaan termasuk penguatkuasaan terhadap isu persaingan negara.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah berlangsung di ibu Pejabat DOSM, Putrajaya. MOU itu telah ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi MyCC, bagi pihak MyCC dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir...+more

Pengumuman

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2026 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap enam (6) perusahaan atas penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida bagi satu (1) tender pembekalan makanan yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Perusahaan-perusahaan ini didapati secara berperingkat telah melanggar seksyen 4(1) dibaca bersama seksyen 4(2)(d) dan 4(3) Akta Persaingan 2010 [Akta 712]. Tender yang terjejas melibatkan nilai perolehan sebanyak RM5....+more

Mengenai Kami

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.