Pengumuman

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2025 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menjalankan Kajian Penambahbaikan Industri Umrah di Malaysia yang bermula pada Oktober 2025 selaras dengan Seksyen 16(g) Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713]. Kajian ini bertujuan meneliti struktur pasaran, menilai keadaan semasa industri serta menyokong penambahbaikan jangka panjang dalam rangka kerja ekonomi industri Umrah.

Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, termasuk menganalisis struktur pasaran dan corak...+more

Mengenai Kami

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.